This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sabtu, 14 Mei 2011

Hadiah Cuti Sem

Alhamdulillah…

Cuti sem kali ni, aku dah buat benda yang aku x suka buat, tp spatutnya aku kna buat . Ap tu?

Baca buku!!! hehe… ni mungkin sbb pengaruh beberapa kawan yg suka membaca kot…. stakat ni, aku dapat baca 2 buah buku… bole la… sllnya  x baca langsung…

Buku first yg aku baca adalah buku “travlog syahadah” karangan Muhammad Rashidi Abdullah…travelog-syahadah-320x480

Buku motivasi yg mengisahkan suka duka perjalanan hidup ust Rashidi mencari ISLAM. Bila bca buku ni, trasa kagum dngn beliau sbb…. (bca sendiri laa….haha…). Mmg trasa betapa lemahnya diri kita ni yg smmgnya dilahirkan sebagai seorg islam, diberi didikan ttg islam sejak kecil, dikelilingi oleh org2 islam,  tapi x ada apa-apa yg kita sumbngkan kepada islam. Sedangkan ust Rashidi yg terpaksa mencari sndiri islam dalam kegelapan kerana dilahirkan dalam keluarga bukan islam. Tapi, kini telah banyak jasanya kepada islam.  Jadi, mari membaca dan muhasabah diri… =D

Sebenarnya, ni la buku hadiah hari lahir yg ke 20 thn pada 7dari Abdul Manan pada 7/1 yg lalu… haha.. lamanya amik masa nk baca…. x sempat nk baca la, ad keja… (alasan ja) .. Apa pon,. Thanks Manan! Thanks jg kwn2 yg suka membaca!smoga aku dan KITASEMUA akan trus membaca …. =D

Ahad, 1 Mei 2011

10 Step Buat Partition Pada External Hard Disk


1. buka applikasi “EASEUS Partition Master 7.1.1 Home Edition”. Sblm itu, smbungkan External HD anda yg mahu di partitionkan.
1
2

2. Ini adalah paparan pada screen anda.  Jika anda lihat terdapat dua disk iaitu disk 1 & disk 2. Disk 1 adalah internel Hard disk anda yg tlh di partitionkan kepada dua partition. ( C: & D: ).
Skrg kita akan buat partition utk external hard disk kita iaitu disk 2 (G: My Passport), My Passport adalah nama external HD saya. Hard disk saya ini 1TERA, kita akan bahagikan kepada 3 partition sprti berikut:
Partition pertama : 200gb
Partition kedua : 200gb
Partition ketiga : 600gb
3

3. Klik pada disk yg kita nk partitionkan. Saya nak buat pada MyPassport 1TERA saya, ok, saya klik pada My Passport saya.
4

4. Kemudiannya clik pula pada icon “resize/Move”. Paparan akan jadi macam kat bawah. Masukkan nilai partition size tu.  Ikut size yg kita nak. Saya nak partition pertama “200gb”, jadi saya masukkan nilai 200000mb (200000mb=200gb). Then, clik “ok”
6

seperti g anda lihat dibawah. My Passport 1 TERA saya dah dibahagikan kpd 2 partition. ok, saya nak bahagi yg “unallotted” tu kpd 2 bahagian lagi.. Jadi.
5. Klik pada “ unallotted” tu.
7

6. Kemudian clik pula icon “create” kat nahagian atas tu, sblh “resize/move”.
9

Paparan mcm td muncul, tapi lain cket.
7. bhgian “create as” pilih “ Primary”. Then, mcm td, masukkan partition size. Partition kedua, saya nak buat 200 gb juga. Jadi mcm td sy masukkan niai 200000mb (200000mb = 200bg). Klik “ok”.
10

Lihat! dah ada tiga.. Tapi satu lagi tu unalloted. Saya x blh biarkan satu lagi bahagian tu “unallotted” sbb nnt saya cuma blh simpan data dlm partition yg 1 & 2 tu ja. Jadi
8. Klik skali lg pd “unalloted” tu, dan create mcm tadi. Pada “Partition size” masukkan nilai yg kita nak. kat sini sy masukkan nilai paling maksimum. sbb saya nak 3 partition ja… dan klik “ok”
11

paparan akan jadi mcm ni, 3 partition dan x ad yg unallotted. 
9. klik “apply”
12

10. Warning ni akan naik dan klik “Yes” ja… kemudiannya siap, dan blh check pada “ My Computer”
14
15
16

Sabtu, 20 November 2010

Part 4 Timetable–DIA3B

 

Part 4 Timetable

Hari selasa class mula pukul 12.00, jadi diharap waga class DIA3B still dapat bangun awal untuk menunaikan solat fardhu subuh.. Open-mouthed smile

Jumaat, 23 Julai 2010

"Bagaimana wudhu' zahir dan batin?" cuba pratikkan

 

wuduk

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.


Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".


Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."


Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

 

Remaja Islam Group.

Sabtu, 1 Mei 2010

KEISTIMEWAAN DOA WAKTU SUJUD

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya. Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya." Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat. "Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar." Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:- "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat" Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?" Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya? " Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser- seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!" KEISTIMEWAANNYA ——————— Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:- "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud" Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat. Wassalam. "Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA; Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati."

by: nur_zikrullah@yahoo.com

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More